SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Kadar peruntukan pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 adalah yang tertinggi dicatatkan berjumlah sehingga 13 billion ringgit (RM) ketimbang tahun 2024 hanyalah berjumlah 10 billion ringgit (RM) sahaja.
![PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 main image](https://semakanbantuanstr.my/wp-content/uploads/2024/12/PENERIMA-BANTUAN-STR-FASA-1-main-image-1024x576.webp)
Bagaimanakah semak status str fasa satu (1) 2025 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
APA ITU STR
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan lanjutan daripada bantuan-bantuan tunai oleh kerajan kepada rakyat seperti BKM, BTR dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kewangan serta meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
JUMLAH STR FASA 1 2025
Bantuan STR akan disalurkan pada tahun 2025 mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 0 anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang / Balu / Janda / Duda (umur 21 hingga 59 tahun) | RM600 |
*Untuk mengetahui jumlah bayaran STR fasa satu, pemohon perlu membuat semakan di pautan Portal Rasmi STR sahaja.
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025
Lazimnya Bantuan STR akan dibayar secara berperingkat mengikut empat fasa seperti jadual berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Satu | Februari 2025 |
Dua | April 2025 |
Tiga | Ogos 2025 |
Empat | November 2025 |
*Namun, tarikh bayaran belum ditentukan lagi, pihak kami akan kemaskini semula apabila tarikh telah diumumkan secara rasmi.
SEMAKAN STR FASA 1 2025
Ikuti panduan semak status kelayakan STR bagi fasa satu (1) 2025 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Klik [TUTUP] pada iklan pemakluman STR terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status kelayakan pemohon akan dipapar [Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025].
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]