Bantuan Barangan Dapur 2025: Semak Kelayakan Anda (RM1200, RM900 & RM600)
Keperluan barangan dapur adalah asas untuk kelangsungan hidup harian setiap keluarga. Menyedari keperluan ini, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan khas bagi meringankan beban rakyat dalam pembelian barangan dapur sepanjang tahun 2025.
Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak kelayakan dan maklumat terkini melalui panduan yang disediakan di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHEK
KAEDAH AGIHAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025
Bantuan Beli Barang Dapur bukanlah diagihkan secara barangan fizikal mahupun secara tunai kepada penerima. Namun, kerajaan akan mengagihkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima.
Penerima hanya perlu menggunakan kad pengenalan sahaja untuk pembayaran barangan dapur yang ingin dibeli di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

KADAR AGIHAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025
Kerajaan akan mengagihkan Bantuan Beli Barang Dapur dengan kadar seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Warga emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
- Bujang : TIADA.
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan antara senarai barangan dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
*Penerima yang layak hanya boleh memilih senarai barangan di atas sahaja untuk pembelian dengan bantuan.
CARA BANTUAN BELI BARANG DAPUR
Rujuk cara beli barang dapur dengan menggunakan menggunakan bantuan seperti berikut :
- Sila kunjungi kedai atau pasaraya berhampiran anda mengikut senarai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut senarai yang ditetapkan di atas.
- Tunjukkan kad pengenalan pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut senarai yang dibenarkan.
- Masukkan 6-digit nombor PIN kad pengenalan anda (pembayaran dengan menggunakan kad pengenalan).
- Resit pembelian akan diberikan.
*Pembelian mestilah tidak melebihi had bantuan yang dikreditkan setiap bulan.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Beli Barang Dapur, sila ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/..gov.my/b2024/individu/sara.