BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Golongan bujang juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan daripada kerajaan kerana terdapat juga golongan bujang yang berpendapatan rendah dan bahkan tiada pendapatan. Oleh itu, bagi meringankan bebanan sara hidup golongan bujang, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM50 setiap bulan sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah cek status bantuan bujang rm50 setiap bulan layak atau tidak? Ikuti panduan cek status dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA LOG MASUK STR (FASA 1 2025 SEMAKAN STATUS)

ISI KANDUNGAN

  • TARIKH PENYALURAN BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2025
  • KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN
  • CEK STATUS BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN
  • CARA PENYALURAN BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN
  • RUJUKAN
  • PENAFIAN

TARIKH PENYALURAN BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2025

Penyaluran Bantuan Bujang RM50 setiap bulan adalah seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURAN
1.Januari 2025
2.Februari 2025
3.Mac 2025
4.April 2025
5.Mei 2025
6.Jun 2025
7.Julai 2025
8.Ogos 2025
9.September 2025
10.Oktober 2025
11.November 2025
12.Disember 2025

*Tarikh rasmi penyaluran Bantuan Bujang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat dan pihak kami akan mengemaskini kembali maklumat di atas.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN

Hanya yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut sahaja akan menerima Bantuan Bujang RM50 setiap bulan, antara kriteria kelayakannya ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Berstatus bujang / balu / janda / duda tiada anak;
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

CEK STATUS BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN

Anda boleh mengetahui status kelayakan Bantuan Bujang RM50 setiap bulan melalui pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan 12 digit Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA PENYALURAN BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN

Penerima bujang akan menerima bantuan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.