BANTUAN DALAM IC B40 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan bulanan tanpa tunai (cashless) – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dan RM50 merupakan bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat membuat pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara check status layak atau tidak bantuan dalam ic b40 2025 (RM100/RM50) 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM450 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN DALAM IC 2025
Untuk makluman anda, bantuan dalam IC (Kad Pengenalan) adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, dimana bantuan akan disalurkan secara bulanan, tanpa tunai kedalam MyKad/IC penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Bantuan ini akan diagihkan secara langsung kepada penerima bantuan STR 2025, dan juga mereka yang terdiri daripada Miskin/Miskin Tegar eKasih. Bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan ini, individu mestilah memohon STR (lulus dan penerima bantuan), dan mendaftar sistem eKasih (bagi kategori Miskin/Miskin Tegar).
SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM IC 2025
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Portal Rasmi STR
- Penerima STR 2025, BUKAN eKasih
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan [Semak Status].
pada bahagian “Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)” - Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik Semakan Status.
- Status kelayakan penerima akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2025
Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam IC (SARA):
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana bayaran akan dikreditkan kedalam MyKad/IC penerima. Kaedah ini membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri menggunakan MyKad di lebih 600 pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM IC B40
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
JUMLAH BANTUAN BULANAN DALAM IC
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN IC
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf