BANTUAN DALAM MYKAD B40 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : CEK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terjaga, kerajaan akan meneruskan lagi pengagihan bantuan bulanan SARA kedalam MyKad penerima (B40), dan akan disalurkan seawal Januari 2025. Inisitif ini akan membantu rakyat untuk membuat pembelian barangan keperluan asas bulan serta meringankan beban kewangan yang dihadapi individu.
Bagaimanakah cara cek kelayakan bantuan dalam MyKad B40 (RM100/RM50) 2025? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BANTUAN BUKAN EKASIH ONE OFF 2024 : SEMAK PENERIMA BAYARAN (RM300 & RM150)

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
Untuk makluman anda, kaedah penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah secara tanpa tunai dimana bantuan akan disalurkan kedalam MyKad penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Bantuan ini akan diberikan kepada penerima Bantuan STR 2025, dan individu yang terdiri daripada kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih. Oleh itu, penerima STR 2025 akan menerima bantuan SARA ini sebagai bantuan tambahan mereka, dan akan digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai/pasaraya.
JADUAL TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD B40
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih (B40) | Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan eKasih – B40 & M40) | April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih (bagi kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih):
https://www.mykasih.com.my/ - Portal Rasmi STR (bagi penerima STR 2025, BUKAN eKasih):
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MASUK DALAM MYKAD
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangang/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana bayaran akan dikreditkan kedalam MyKad/IC penerima. Kaedah ini membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri menggunakan MyKad di lebih 600 pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.