BANTUAN E-WALLET MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN RM1200, RM900 & RM600

BANTUAN E WALLET MADANI 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan E-Wallet Madani 2025 adalah inisiatif bantuan kerajaan tanpa tunai yang menggunakan e-wallet atau MyKad untuk memudahkan penerima membuat pembelian dan transaksi pembayaran dengan lebih mudah, selamat, dan tanpa perlu menggunakan wang tunai fizikal. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan bantuan E-Wallet Madani 2025? Ikuti panduan semakan kelayakan bantuan e-wallet dan maklumat lengkap yang disediakan di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN E WALLET MADANI

Bantuan tanpa tunai ini merupakan bantuan tambahan (SARA) kepada mereka yang lulus dan penerima STR, dan juga kepada pendaftar lulus eKasih (tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri). Inisiatif ini akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima yang layak, dimana bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas.

CHECK LULUS BANTUAN E WALLET MADANI 2025

Kelayakan bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
    • Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih
  • Portal Rasmi STR
    • Penerima STR 2025, BUKAN eKasih

Panduan Lengkap Semakan Kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status.
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Klik Semakan Status.
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Kelayakan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar.
  8. Selesai.

TARIKH BAYARAN DAN TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTEMPOH PENGAGIHAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025Selama 12 Bulan
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025Selama 9 Bulan

KADAR BANTUAN E WALLET

Jumlah bantuan kepada penerima eKasih dan penerima STR adalah berbeza seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM50 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)

CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia:
    • Pengagihan secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan:
    • Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

KAEDAH PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN BARANG KEPERLUAN ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf