BANTUAN EWALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EWALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan bersasar (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). Ianya akan diagihkan secara bulanan dalam tempoh setahun untuk pembelian barangan asas rahmah. Kaedah dan jumlah yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori individu.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan ewallet 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca Juga : SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)

APA ITU BANTUAN EWALLET 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan bantuan tanpa tunai dimana wang bantuan akan disalurkan kedalam MyKad/IC penerima dengan kadar bulanan sebanyak RM100 dan RM 50.

Bantuan ini akan digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas yang berlabel SARA MyKasih, dan penerima akan membuat transaksi bayaran menggunakan MyKad penerima.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TANPA TUNAI

Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam IC (SARA) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGAGIHAN BANTUAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa

Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.

KAEDAH SEMAKAN BANTUAN EWALLET 2025

Status penerima bantuan SARA boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
    • Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
  • Portal Rasmi STR
    • Penerima STR 2025, BUKAN eKasih,

Panduan Lengkap Semakan Status Kelayakan SARA di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Semakan Status Kelayakan SARA di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status].
    Pada bahagian yang tertulis “Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)”.
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
Tiada ( – )

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf