BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025: SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Untuk membantu golongan berpendapatan rendah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini, Bantuan Isi Rumah bernilai sehingga RM1,200 akan diberikan sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan Bantuan Isi Rumah RM1200? Dapatkan panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHEK
APA ITU BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025
Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 adalah merupakan sebuah bantuan kewangan khusus untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup isi rumah yang berpendapatan rendah di bawah garis PGK semasa.
Kerajaan menyalurkan Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 secara berperingkat dan berkala bagi sepanjang tahun 2025 bagi memenuhi keperluan asas isi rumah yang ada atau tiada anak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025
Hanya isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja akan menerima bantuan bernilai RM1,200 :
- Warganegara Malaysia;
- Isi rumah berpasangan ada atau tiada anak; atau
- Isi rumah tunggal ada anak;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima miskin dan miskin tegar di bawah e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025
Semak status kelayakan Bantuan Isi Rumah melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025
Penyaluran Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 adalah mengikut jadual seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN ISI RUMAH |
---|---|
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis. | Setiap bulan : ** Januari hingga ** Disember 2025 |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dua kali setahun : ** Februari dan ** September 2025 |
CARA PENYALURAN BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025
Penyaluran Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 adalah berbeza bagi setiap negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA PENYALURAN BANTUAN ISI RUMAH |
---|---|
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis. | Disalurkan secara ansur RM100 setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas. |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Disalurkan secara ansur RM600 dua kali setahun melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.