BANTUAN RAKYAT 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA
Pelbagai usaha dan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. Salah satu bentuk sokongan kerajaan adalah dengan menyediakan bantuan bersasar Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban hidup golongan yang memerlukan termasuklah golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah semak status kelayakan sebagai penerima bantuan rakyat 2025? Ikuti Info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA EKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA

SENARAI BANTUAN RAKYAT 2025
Bantuan daripada Kerajaan bagi tahun 2025 seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
PENGENALAN KEPADA BANTUAN RAKYAT 2025
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
- STR adalah bantuan terawal yang diperkenalkan oleh kerajaan dimana ianya merupakan lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
- Bantuan ini merupakan bantuan secara tunai dan akan disalurkan secara berperingkat mengikut empat fasa.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- SARA atau MyKasih ialah bantuan tambahan dan lanjutan kepada bantuan STR, dimana penerima akan menerima bantuan kewangan tambahan ini secara automatik setelah LULUS dan MENERIMA bantuan STR 2025.
- Namun begitu, bantuan ini berbeza dengan STR dimana ianya akan diagihkan secara bulanan TANPA TUNAI kedalam MyKad, dan khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Hanya Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah sahaja akan layak menerima bantuan daripada Kerajaan pada tahun 2025 :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN 2025
Kadar bantuan yang disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) |
---|---|---|
Isi rumah (Kategori B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Bukan eKasih : RM900 Kategori eKasih : RM1,200 |
Isi rumah (Kategori M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan eKasih : RM900 |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 600 | Bukan eKasih : RM450 Kategori eKasih : RM1,200 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 600 | Bukan eKasih : (Tiada) Kategori eKasih : RM600 |
JADUAL TARIKH PENGAGIHAN DUIT BANTUAN KERAJAAN
Pengagihan bantuan adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI BANTUAN | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Disalurkan secara berfasa Fasa1 : Februari 2025 Fasa 2 : April 2025 Fasa3 : Ogos 2025 Fasa 4 : November 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa. |
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Disalurkan mengikut kelayakan Penerima bukan eKasih : April hingga Disember 2025 Penerima Berstatus eKasih : Januari hingga Disember 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa. |
PERMOHONAN BANTUAN STR 2025
Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
PENDAFTARAN EKASIH 2025
Bagi yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa pula, boleh mendaftarkan diri dengan e-Kasih untuk penerimaan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM1,200.
Ikuti panduan pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Selesai.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 2025
Untuk mengetahui status kelayakan samaada layak atau tidak menerima bantuan daripada kerajaan. Kedua-dua bantuan tersebut boleh disemak melalui satu (1) pautan portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Profile pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR dan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Rujuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- eMel : [email protected]
Rujuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Hotline SARA MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Hotline SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566
- eMel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf