SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025 : CHECK SEKARANG

Kad Pengenalan rakyat Malaysia dikenali sebagai MyKad, dan ia merupakan kad pintar kerana ianya dicipta berasaskan cip yang membolehkan rakyat Malaysia menggunakannya untuk pelbagai transaksi khususnya ‘sentuh dan jalan’ (touch n go).

Oleh itu, pihak kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Bantuan Dalam MyKad yang dapat memudahkan rakyat menerima bantuan dan menggunakannya secara cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

Bagaimanakah mengetahui status sebagai penerima bantuan mykad rm1200? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025

Hanya yang disahkan layak sahaja boleh menggunakan Bantuan dalam MyKad mengikut cara-cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda;
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (bertanda MyKasih);
  3. Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih mengikut senarai yang dibenarkan;
  5. Untuk bayaran, anda perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad;
  6. Juruwang akan mengesahkan transaksi pembelian; dan
  7. Resit pembelian akan diberikan.

*Nota : Jumlah pembelian mestilah tidak melebihi jumlah bantuan yang diberikan dan barangan haruslah dipilih mengikut 13 kategori yang diluluskan sahaja.

SENARAI PREMIS MENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

Lebih 600 premis kedai runci dan pasaraya yang terpilih menerima pembelian menggunakan Bantuan MyKad, antaranya ialah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.
  • Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

HAD BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan bukanlah dikreditkan ke dalam MyKad sebanyak RM1,200 sekaligus, namun ianya akan dikreditkan mengikut had yang ditetapkan setiap bulan kepada setiap penerima seperti berikut :

PENERIMA BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
Isi Rumah :
RM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
Warga Emas :
RM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
Warga Emas :
RM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun
Bujang :
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
Bujang : –

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025

Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh digunakan untuk semakan, iaitu :

  • Portal Rasmi MyKasih; dan
  • Portal Rasmi MySTR.

Panduan Semakan di Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Nota : Sekiranya semakan pada pautan Portal Rasmi MyKasih memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’ anda boleh membuat semakan pada pautan Portal Rasmi MySTR.

Panduan Semakan di Portal Rasmi MySTR :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.