BANTUAN RUMAH PERTAMA 2025 (GOLONGAN PENDAPATAN TIDAK TETAP) : CARA PERMOHONAN, SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Golongan yang berpendapatan tidak tetap juga boleh memiliki rumah pertama dengan adanya Bantuan Rumah Pertama yang diperkenalkan sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan-MADANI (SJKP-MADANI) yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dalam Belanjawan 2024.
Bagaimanakah permohonan dan semakan status layak atau tidak bantuan rumah pertama? Ikuti info lebih terperincin di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN : 2025 SKAS REGISTRATION & CHECK STATUS (RM800 & RM400 & RM250)

APA ITU BANTUAN RUMAH PERTAMA
Skim Jaminan Kredit Perumahan-MADANI (SJKP-MADANI) adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan untuk membantu golongan yang berpendapatan tidak tetap serta slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan atau usahawan kecil supaya dapat membeli rumah pertama dengan kemudahan gadai janji.
HAD & TEMPOH PEMBIAYAAN RUMAH PERTAMA
Setiap individu yang layak mendapatkan pembiayaan Bantuan Rumah Pertama adalah sehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA / MRTT/ LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) yang mana tempoh pembiayaan adalah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan mana-mana terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).
JAMINAN PEMBIAYAAN BANTUAN RUMAH PERTAMA
Jaminan pembiayaan adalah sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi :
Pinjaman mudah
- Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
- Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH PERTAMA 2025
Untuk memohon, anda perlukan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas (pinjaman dua generasi dibenarkan);
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri;
- Kategori berpendapatan tetap;
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami;
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan;
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan;
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini;
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PERTAMA
Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon Bantuan Rumah Pertama seperti berikut :
- Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki.
- Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat.
- Bank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam.
- Kemudian, bank akan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP-MADANI) bagi jaminan pembiayaan.
- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP-MADANI) akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi syarat yang ditetapkan).
- Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan pembiayaan daripada SJKP-MADANI.
- Selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan, peminjam akan menerima LO dan berjaya memiliki rumah idaman yang pertama.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONG YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN
- Kediaman / Rumah :
- Perjanjian asas Jual Beli / borang tempahan / resit bayaran muka kediaman / rumah.
- Pendapatan :
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada);
- Cukai Pendapatan / Penyata KWSP Terkini;
- Surat pengesahan pekerjaan.
- Lain-lain Dokumen Sokongan :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Surat Pengesahan (jika ada);
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan);
- Surat akaun bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
SEMAK STATUS BANTUAN RUMAH PERTAMA LAYAK ATAU TIDAK
Untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak, pemohon / peminjam hanya boleh diketahui melalui Institusi Kewangan (Bank) yang diserahkan dokumen. Pihak bank atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP-MADANI) akan memaklumkan kepada pemohon / peminjam sekiranya permohonan berjaya atau tidak.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SJKP-MADANI, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SJKP-MADANI : +603-2096 5000
- E-mel rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/2024/individu/sjkp-madani.