BANTUAN SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Kadar kos sara hidup di Malaysia saban tahun semakin meningkat dan pastinya sukar untuk dikawal harga barangan khususnya barangan keperluan asas yang diimport. Oleh itu, bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, kerajaan akan melaksanakan pemberian Bantuan Sara Hidup untuk setiap bulan sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan sara kehidupan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2025 CHECK STATUS : (FASA 1) CEK LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP 2025 DISALURAN
Setiap bulan kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup kepada mereka yang berkelayakan dengan jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Isi Rumah : RM100 setiap bulan; Warga Emas : RM100 setiap bulan; Bujang : RM50 setiap bulan. |
Penerima Baharu | Isi Rumah : RM100 setiap bulan; Warga Emas : RM50 setiap bulan; Bujang : Belum ada peruntukan. |
TARIKH BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN
Penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima Bantuan Sara Hidup setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN KEPADA PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH PENYALURAN KEPADA PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
1. | Januari 2025 | – |
2. | Februari 2025 | – |
3. | Mac 2025 | – |
4. | April 2025 | April 2025 |
5. | Mei 2025 | Mei 2025 |
6. | Jun 2025 | Jun 2025 |
7. | Julai 2025 | Julai 2025 |
8. | Ogos 2025 | Ogos 2025 |
9. | September 2025 | September 2025 |
10. | Oktober 2025 | Oktober 2025 |
11. | November 2025 | November 2025 |
12. | Disember 2025 | Disember 2025 |
*Nota : Pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh penyaluran Bantuan Sara Hidup apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA HIDUP
Ketahui status kelayakan anda ‘Layak’ atau ‘Tidak’ menerima Bantuan Sara Hidup melalui semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’.
- Selesai.
CARA BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup RM50 atau RM100 setiap bulan secara pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan khas untuk penerima menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless).
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.