BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
Kerajaan akan melaksanakan Bantuan Sara Rahmah secara berperingkat sepanjang tahun 2025 untuk meringankan beban kewangan rakyat akibat peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini merangkumi jumlah antara RM600 hingga RM1200, bergantung kepada kelayakan.
Bagaimana untuk semak status Bantuan Sara Rahmah? Ikuti panduan lengkap dan semakan kelayakan Bantuan SARA Rahmah di bawah
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHEK
KADAR AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Pengagihan Bantuan SaraRahmah pada tahun 2025 adalah mengikut kadar seperti berikut :
Tiada peruntukan bagi penerima bujang asas bukan miskin. rasmi nanti.
Isi Rumah :
RM1,200 bagi penerima miskin dan miskin tegar;
RM900 bagi penerima asas bukan miskin.
Warga Emas :
RM1,200 bagi penerima miskin dan miskin tegar;
RM450 bagu penerima asas bukan miskin.
Bujang :
RM600 bagi penerima miskin dan miskin tegar;

JADUAL AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Berikut merupakan jadual agihan Bantuan SaraRahmah bagi tahun 2025 :
TARIKH AGIHAN KEPADA MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH AGIHAN KEPADA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Ketahui status anda layak atau tidak menerima Sara Rahmah melalui semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Terdapat dua (2) kaedah agihan Bantuan SaraRahmah, iaitu melalui :
- Diagihkan secara tanpa tunai melalui akaun kad pintar (IC) berperingkat selama 9 bulan dan 12 bulan (bergantung kelayakan penerima).
- Diagihkan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima dua kali setahun.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.