BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN : 2025 SKAS REGISTRATION & CHECK STATUS (RM800 & RM400 & RM250)
Sebuah platform dompet elektronik (e-Wallet) melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang diperkenalkan oleh Primier Sarawak adalah bagi memudahkan proses penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Platform ini dirancang untuk mendorong transaksi digital sekaligus mendukung transisi menuju ekonomi tanpa tunai (cashless economy) di wilayah tersebut.
Bagaimanakah registration dan check status Bantuan Sarawak pay? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025
APA ITU BANTUAN SARAWAK PAY
Belanjawan khas untuk negeri Sarawak telahpun dibentangkan oleh Primier Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada baru-baru ini menyatakan beberapa bantuan khas untuk warga Sarawak.
Antaranya ialah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang bakal disalurkan melalui Sarawak Pay (sebuah platform dompet elektronik) bagi memudahkan penerima membeli keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya.
SYARAT REGISTER BANTUAN SARAWAK PAY
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk register / memohon Bantuan Sarawak (SKAS) :
- Warga Sarawak;
- Menetap di Negeri Sarawak;
- Pendapatan :
- Isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Warga emas berpendapatan bawah RM5,000 sebulan; dan
- Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
KADAR BANTUAN SARAWAK SKAS DISALURKAN
Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada 850,000 ribu warga Sarawak mengikut kadar seperti berikut :
- Isi Rumah : RM800 setiap ketua isi rumah;
- Warga Emas : RM400 setiap individu;
- Bujang : RM250 setiap individu.
*Setiap penerima wajib menggunakan bantuan di atas untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain keperluan.
CARA PENYALURAN BANTUAN SARAWAK PAY
Seperti yang ditegaskan oleh Primier Sarawak baru-baru ini, penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai. Namun ianya akan dibayar melalui akaun SarawakPay (e-Wallet) bagi memudahkan penerima untuk menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) bagi pembelian barangan keperluan asas.
CARA REGISTRATION BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN
- Sila muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Android: CariSPay Global https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.paybills&hl=en&pli=1 (di Google Play Store).
- iOS: CariSPay Global https://apps.apple.com/my/app/s-pay-global/id1250845042 (di App Store).
- Muat turun dan instal aplikasi tersebut di telefon anda.
- Buka Aplikasi dan Pilih “Daftar”
- Setelah selesai, buka aplikasi SPay Global.
- Pada halaman utama, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru..
- Isi butir-butir peribadi anda.Masukkan detail yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (sesuai dengan IC).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password): Buat kata laluan yang kuat dan mudah anda ingat.
- Pengesahan Nombor TelefonAnda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang Anda daftarkan.
- Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:Nombor IC (MyKad untuk warga Malaysia).
- Tarikh Lahir.
- Pilih Jenis AkaunSarawak Pay/SPay Global memiliki dua jenis akaun:Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium,ikuti ke langkah berikutnya.
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Untuk ke akaun Premium, Anda perlu memuatnaik dokumen berikut:Gambar IC (depan dan belakang).
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Mulai Menggunakan SPay Global
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.
*Namun portal untuk memohon Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka. Sekiranya pihak kerajaan Sarawak telah membuka portal permohonan, pihak kami akan mengemaskini panduan cara memohon yang lengkap.
CHECK STATUS BANTUAN SARAWAK
Untuk mengetahui status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah selepas portal permohonan dibuka dan berjaya dibuat dan pihak kami akan mengemaskini kembali panduan ‘Check Status’ yang mudah apabila porta telah dibuka secara rasmi nanti.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat Emel : [email protected]
- Talian Bantuan : 6082441686