BANTUAN STR 2025 FASA 1 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2025 FASA 1 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 untuk membantu meringankan beban kos sara hidup, disertakan dengan penambahbaikan dengan menyediakan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semakan bila masuk bantuan str 2025 fasa 1? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL 2025 : (FASA 1 STR) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BILA MASUK PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1

Untuk makluman anda, tarikh rasmi pengagihan duit bantuan Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.

JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN STR 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 secara berfasa seperti berikut:

FASATARIKH PENYALURAN BANTUAN

Satu (Fasa 1)
Januari/Februari
Dua (Fasa 2)April
Tiga (Fasa 3)Ogos
Empat (Fasa 4)November

Makluman: Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi nanti. Pembayaran Fasa 1 hanya akan diagihkan kepada pemohonan yang membuat permohonan baharu atau pemohon yang telah membuat pengemaskinian maklumat pada 31 November 2024.

KATEGORI PENERIMA LULUS BANTUAN STR 2025

Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

LOGIN DAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR

Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH MASUK BANTUAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

KAEDAH DUIT BANTUAN STR 2025 FASA 1 DIAGIHKAN

Pembayaran wang akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf