BANTUAN TAMBAHAN B40 2025 (RM1200 & RM600) : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Terkini! Individu yang berpendapatan sederhana (B40), layak untuk menerima bantuan tambahan Kerajaan yang berjumlah sehingga RM1,200 pada tahun 2025.
Bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup individu dengan membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas harian bagi kelangsungan hidup.
Bagaimanakah cara check status kelayakan bantuan tambahan B40 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
PENGENALAN TAMBAHAN B40 2025
Bantuan tambahan (SARA MYKASIH) ini merupakan bantuan bulanan (RM100/RM50) kepada individu berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas bulanan secara TANPA TUNAI menggunakan kaedah MyKad.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN B40 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang tambahan SARA MYKASIH adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN B40 2025
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
CONTOH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
JADUAL TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Berstatus Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]