BANTUAN TAMBAHAN EKASIH 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)
Berdaftar atau tidak berdaftar dengan e-Kasih, Kerajaan akan tetap menyalurkan Bantuan Tambahan. Namun, nilai bantuan adalah tidak sama bagi setiap penerima kerana ianya bergantung kepada kelayakan setiap kategori dan pendaftaran penerima itu sendiri.
Bagaimanakah cek bantuan tambahan e-kasih layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN EKASIH
Seperti yang sedia maklum, e-Kasih adalah merupakan Pengkalan Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan bagi tujuan untuk program-program pembasmian kemiskinan disalurkan melalui kerajaan atau agensi terlibat bermula dari ketua isi rumah sehingga ke ahli isi rumah yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa.
Pihak Kerajaan Madani memperuntukan Bantuan Tambahan khas kepada rakyat yang berdaftar dengan e-Kasih dan juga kepada yang tidak berdaftar dengan e-Kasih bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN EKASIH DISALURKAN
Berdasarkan pembentangan peruntukan Belanjawan 2025, Kerajaan Madani bersetuju untuk meluaskan pemberian Bantuan Tambahan kepada yang berdaftar dengan e-Kasih dan juga yang tidak berdaftar dengan e-Kasih. Namun jumlah yang akan disalurkan adalah berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Penerima Berdaftar Dengan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN AKAN DISALURKAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 setahun |
WARGA EMAS | RM1,200 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Penerima Tidak Berdaftar Dengan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN AKAN DISALURKAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN EKASIH 2025
Anda boleh mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima Bantuan Tambahan e-Kasih melalui pautan rasmi di bawah :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Selain pautan di atas, anda juga perlu membuat semakan pada pautan di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Mengikut kepada kaedah penyaluran Bantuan Tambahan e-Kasih seperti tahun 2024 dan sebelum-belum ini, Bantuan Tambahan akan disalurkan mengikut negeri penerima iaitu secara ansur berperingkat setiap bulan atau setiap dua kali setahun seperti berikut :
- Negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Disalurkan RM50/RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan melalui akaun kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Negeri Sabah dan Sarawak :
- Disalurkan RM300/RM600 dua kali setahun melalui akaun bank penerima atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-KASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.