BANTUAN TAMBAHAN RAKYAT 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, Kerajaan akan terus memperluaskan inisiatif bantuan pada tahun 2025 dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan serta meluaskan kelayakan penerima agar lebih ramai individu mendapat manfaat.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak penerima bantuan tambahan rakyat 2025? Ikuti info lanjut disini
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN RAKYAT 2025
Bantuan tambahan rakyat iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan bantuan tambahan kepada STR, dimana bantuan ini akan diagihkan secara bulanan kepada penerima Bantuan STR 2025, dan individu yang terdiri daripada kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Selain daripada bantuan STR 2025, anda juga akan turut menerima bantuan SARA ini sebagai bantuan tambahan yang mana bantuan ini akan digunakan khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih di kedai/pasaraya yang berdaftar. Pembayarannya pula adalah secara tanpa tunai iaitu dengan hanya menggunakan MyKad penerima, dimana duit bantuan tersebut telah dikreditkan kedalam MyKad pengguna. Untuk makluman anda juga, wang didalam MyKad ini tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan HANYA boleh digunakan untuk membuat pembayaran barangan keperluan asas.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Status kelayakan penerima bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih (bagi kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih):
https://www.mykasih.com.my/ - Portal Rasmi STR (bagi penerima STR 2025, bukan eKasih):
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan penerima bantuan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan status kelayakan penerima bantuan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status] pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
- Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RAKYAT
Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA MyKasih) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN TAMBAHAN
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Terdiri daripada Miskin/Miskin Tegar eKasih | Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan eKasih) | April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN RAKYAT 2025
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Kelurga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.