BANTUAN TAMBAHAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TAMBAHAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bagi membantu meningkatkan ketahanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih akan diberikan tambahan wang tunai berjumlah sehingga RM1,200 khas kepada penerima yang layak bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semak penerima Bantuan Tambahan Sara MyKasih layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA MYKASIH

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan di bawah program MyKasih yang bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Dari tahun 2023 hanya diberikan kepada 0.2 juta penerima sahaja dan bagi tahun 2024 dinaikkan kepada 0.7 juta dan akan diteruskan lagi pada tahun 2025 yang disasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima yang layak.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN SARA 2025

Hanya individu yang menepati kriteria-kriteria kelayakan berikut sahaja akan layak menerima Bantuan Tambahan SARA :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

KADAR PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN SARA 2025

Bantuan Tambahan SARA akan disalurkan mengikut kadar kelayakan setiap penerima seperti berikut :

PENERIMA
MISKIN DAN MISKIN
TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN /
MISKIN TEGAR
ISI RUMAH : RM1,200ISI RUMAH : RM900
WARGA EMAS : RM1,200WARGA EMAS : RM450
BUJANG : RM600BUJANG : –

JADUAL PENYALURAN BANTUAN SARA 2025

Penyaluran Bantuan Tambahan SARA pada tahun 2025 adalah mengikut jadual seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Penerima Miskin dan Miskin TegarBermula ** Januari 2025
Penerima Bukan MiskinBermula ** April 2025

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN SARA MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) pautan Portal Rasmi yang boleh digunakan untuk semakan kelayakan, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Atau semak kelayakan anda pada pautan di bawah sekiranya pautan di atas tiada maklumat yang direkodkan.

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.