Semak Kelayakan Bantuan Tambahan STR Fasa 1 2025: RM100 & RM50 Setiap Bulan

Bantuan Tambahan STR Fasa 1 2025: RM100 & RM50 Setiap Bulan
Bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang terus meningkat, kerajaan memperkenalkan bantuan tambahan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Melalui inisiatif ini, penerima layak akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM100 atau RM50, bergantung pada kategori bantuan. Langkah ini bertujuan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dengan menyokong keperluan harian mereka.

Adakah anda layak menerima Bantuan Tambahan STR? Ketahui cara semakan status kelayakan dengan mudah di sini.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/semakan-bantuan-mykasih-rm100/

Apa Itu Bantuan Tambahan STR?

Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ialah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat menguruskan perbelanjaan keperluan asas harian pada tahun 2025. Program ini memberikan bantuan tambahan bulanan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup, dengan keutamaan diberikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Kaedah Bayaran Bantuan Tambahan STR
Kerajaan MADANI telah mengatur kaedah pembayaran tanpa tunai, disalurkan terus melalui MyKad penerima. Dengan MyKad, penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan, keperluan persekolahan, ubat-ubatan, dan lain-lain di kedai terpilih seluruh Malaysia.

Jadual Bayaran Bantuan Tambahan STR Fasa 1 2025
Pembayaran akan dibuat mengikut jadual berikut:

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar: Mulai 15 Januari 2025
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin: Dijangka mulai April 2025

Kadar Bayaran Bantuan Tambahan STR
Pembayaran adalah berdasarkan kategori penerima seperti berikut:

  1. Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar
    • Isi Rumah: RM100 (3 bulan) + RM200 (9 bulan)
    • Warga Emas: RM100 (3 bulan) + RM150 (9 bulan)
    • Bujang: RM50 setiap bulan selama 12 bulan
  2. Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin
    • Isi Rumah: RM100 selama 9 bulan
    • Warga Emas: RM50 selama 9 bulan

Cara Semakan Status Bantuan Tambahan STR 2025
Berikut panduan semak status kelayakan Bantuan Tambahan STR:

  1. Layari laman rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/.
  2. Klik [Semak Kelayakan] di halaman utama.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa sengkang).
  4. Klik [Semakan Status]. Status anda akan terpapar sebagai Layak atau Tiada Rekod Ditemui.
  5. Jika Tiada Rekod Ditemui, rujuk portal STR untuk butiran lanjut.

Rujukan
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh diajukan kepada pihak berwajib melalui:

  • Talian Bantuan SARA MOF: 03-8882 4565 / 4566

Penafian
Maklumat ini dikongsi berdasarkan data rasmi dari portal MyKasih untuk memudahkan pengguna. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi pelawat atau mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan maklumat ini.