BANTUAN TUNAI MYSTR 2025 : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 untuk membantu meringankan beban kos sara hidup. Mulai tahun 2025, kerajaan memberikan penambahbaikan dengan menyediakan bantuan tambahan bulanan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah cek status layak atau tidak bantuan tunai mystr 2025? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA :BANTUAN EKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

APA ITU BANTUAN TUNAI MYSTR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah satu program bantuan secara tunai khusus kepada golongan yang berpendapatan sederhana (B40 & M40) dan memerlukan.
Bantuan ini akan diberikan secara berfasa iaitu Fasa 1, 2 3 dan 4 (dalam tempoh 12 bulan). Namun, bagi meringkankan lagi beban kewangan dan kos sara hidup rakyat Malaysia, kerajaan memperkenalkan lagi satu inisiatif bantuan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan SARA ini merupakan bantuan tambahan (tanpa tunai menggunakan kaedah MyKAD) kepada STR, dan diberikan setiap bulan kepada penerima bantuan STR, dalam tempoh (9 bulan).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYSTR
Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Tekan pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status kelayakan pemohon akan dipapar [Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025].
- Selesai.
SYARAT/KATEGORI KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2025
Syarat kelayakan permohonan bantuan STR 2025 HANYA TERHAD kepada:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN MYSTR FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan Fasa 1 STR 2025 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf