BANTUAN TUNAI RM3700 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA
Sepanjang tahun 2025 nanti, pelbagai bentuk inisiatif bantuan daripada kerajaan yang akan disalurkan bagi meringankan bebanan sara hidup disasarkan kepada rakyat-rakyat dewasa yang kurang kemampuan dan juga memerlukan.
Bagaimanakah mengetahui nama penerima bantuan tunai RM3700? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR 2025 : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN TUNAI RM3700
Tunai sebanyak RM3,700 adalah merupakan gabungan daripada dua (2) bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (RM2,500) dan juga Sumbangan Asas Rahmah (RM1,200) yang diberikan supaya rakyat mendapat bantuan tunai sewajarnya untuk meneruskan kehidupan.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700
Bantuan Tunai sehingga RM3,700 setahun hanya akan diberikan kepada individu yang menepati kriteria-kriteria kelayakan di bawah sahaja :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah seramai lima (5) orang atau lebih;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa (berbeza setiap negeri);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2025
Ikuti panduan semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Tunai sehingga RM3,700 pada pautan di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status nama penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM3700
Oleh kerana Bantuan Tunai yanga akan diberikan sebanyak RM3,700 merupakan dua (2) bentuk bantuan, cara bayaran juga akan berbeza mengikut jenis bantuan seperti berikut :
- Bayaran Bantuan RM2,500 :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Bayaran Bantuan RM1,200 :
- Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan;
- Sabah dan Sarawak :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Semenanjung Malaysia :
JADUAL BAYARAN BANTUAN RM3700
Lazimnya jadual pembayaran Bantuan Tunai daripada kerajaan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Berikut merupakan anggaran jadual bayaran Bantuan Tunai pada tahun 2025 :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH | SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Dibayar secara berfasa : Fasa1 : Februari 2025 Fasa2 : April 2025 Fasa 3 : Ogos 2025 FAsa 4 : November 2025 | Semenanjung dibayar setiap bulan : Januari hingga Disember 2025 atau April hingga Disember 2025 Sabah dan Sarawak di bayar dua kali setahun : Februari dan September 2025 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySTR LHDNM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.