CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Mungkin segelintir rakyat yang kurang kemampuan tidak mengcukupi dengan penerimaan bantuan-bantuan yang disalurkan sebelum ini. Oleh itu, kerajaan menyalurkan juga Bantuan Tunai Tambahan bernilai antara RM600 sehingga RM1,200.
Bantuan Tunai Tambahan ini bukan sahaja disalurkan pada tahun 2024, malah ia akan disalurkan juga pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih ramai penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan tunai tambahan rm600? Ikuti panduan dan info lebih terperinci di bawah.

Baca juga: CARA LOG MASUK STR (FASA 1 2025 SEMAKAN STATUS)
Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut akan layak menerima Bantuan Tunai Tambahan :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan di bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus atau merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024;
- Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2024
Hanya nama-nama yang disahkan [LULUS] sahaja layak menerima Bantuan Tunai Tambahan, ikuti panduan semakan kelayakan nama penerima di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN TUNAI TAMBAHAN YANG DIBAYAR 2024
Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai Tambahan yang dibayar kepada penerima yang layak mengikut kelayakan :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN |
---|---|
Penerima Berdaftar Dengan e-Kasih | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
Penerima Tiada Berdaftar Dengan e-Kasih | Isi Rumah : RM900. Warga Emas : RM450. Bujang : RM0. |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN KEPADA PENERIMA
Kerajaan akan membayar Bantuan Tunai Tambahan kepada penerima yang layak melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Penerima yang menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan secara ansur setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Penerima yang menetap di negeri Sabah atau Sarawak :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur dua kali setahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]