BAGAIMANAKAH CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024 (SEMAK ONLINE)
ASNB atau Amanah Saham Nasional Bhd telahpun mengumumkan kadar Dividen untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2024 adalah sebanyak 5.50% dan bonus 0.25% menjadikan keseluruhan Dividen sebanyak 5.75% (lebih tinggi dari tahun lalu yang hanya sebanyak 5.25% sahaja).
Bagaimanakah cara pengiraan dividen asb secara online? Ikuti panduan pengiraan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG

APA ITU DIVIDEN ASB 2024
ASB atau dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan digantikan dengan Skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sejak tahun 1981 yang pada awal pelancarannya dengan dana tetap, namun selepas 10 tahun perlu diapungkan kepada harga berubah.
BAGAIMANAKAH CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024
Cara-cara pengiraan Dividen ASB yang akan anda dapat adalah seperti berikut :
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 haribulan sehingga hujung bulan, (dapatkan BMB untuk 12 bulan);
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan, kemudian tambahkan kesemua BMB untuk 12 bulan (Januari hingga Disember 2024);
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan’ atau ‘Baki Minimum Tahunan’;
- Seterusnya, darabkan ‘Baki Minimum’ yang dapat dengan kadar dividen ASB bagi tahun 2024 sebanyak 5.75%.
Contoh :
PURATA BAKI MINIMUM BULANAN (BMB) SELAMA 12 BULAN | KADAR DIVIDEN + BONUS 2024 | JUMLAH DIVIDEN 2024 YANG AKAN DAPAT |
---|---|---|
RM5,000 | 5.75% | RM287.50 |
RM10,000 | 5.75% | RM575.00 |
RM20,000 | 5.75% | RM1,150.00 |
RM50,000 | 5.75% | RM2,875.00 |
*Pengiraan di atas adalah bagi mereka yang membuat simpanan dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 (tanpa sebarang pengeluaran).
BAGAIMANAKAH PENGIRAAN DIVIDEN ASB JIKA MELAKUKAN PENGELUARAN ATAU PENAMBAHAN
Bagi yang telah melakukan pengeluaran atau penambahan simpanan ASB, berikut merupakan cara pengiraan Dividen ASB :
- Jika Simpanan RM10,000 dari bulan Januari 2024 dan dikeluarkan RM5,000 pada bulan Jun 2024, baki yang tinggal adalah RM5,000 sehingga bulan Disember. Jadi dividen yang akan dapat adalah sebanyak RM287.50.
- Jika Simpanan RM5,000 dari bulan Januari 2024, kemudian ditambah simpanan pada bulan Disember 2024, dividen akan dapat adalah RM287.50 sahaja (kerana simpanan RM20,000 yang baru ditambah pada bulan Disember, yang mana tidak akan menambah dividen).
- Namun, jika Simpanan RM20,000 dari bulan Januari 2024 dan dikeluarkan pada bulan November 2024 sebanyak RM10,000. Jadi baki tinggal RM10,000, dividen yang akan dapat ialah : RM575.
BILAKAH TARIKH URUS NIAGA ASB DIBUKA
Berikut merupakan tarikh urus niaga ASB ditangguhkan dan akan dibuka kembali :
- TARIKH PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB :
SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH |
---|---|
myASNB, Platform Digital, Kaunter ASNB & Ejen | 28 hingga 31 Disember 2024 |
Transaksi Penukaran | 27 hingga 31 Disember 2024 |
- TARIKH PEMBUKAAN SEMULA :
SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH |
---|---|
myASNB, Platform Digital & Kiosk | 1 Januari 2025 |
Kaunter ASNB & Ejen | 2 Januari 2025 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ASNB, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03-7730 8899
- Alamat e-mel rasmi :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.asnb.com.my/ASBIncomeDistribution.php.