CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 50K & 100K (2024 CHECK ONLINE)
Setiap hujung tahun pastinya dinantikan oleh setiap individu yang menambung dan menyimpan wang di dalam Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kerana mempunyai agihan bayaran dividen dengan kadar-kadar tertentu mengikut kenaikan semasa yang mana pada tahun 2024 kadar dividen adalah sebanyak 5.75% (berserta bonus).
Bagaimanakah cara kira dividen ASB 2024? Ikuti panduan pengiraan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSTR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU ASB
ASB atau dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan digantikan dengan Skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sejak tahun 1981 yang pada awal pelancarannya dengan dana tetap, namun selepas 10 tahun perlu diapungkan kepada harga berubah.
JUMLAH DIVIDEN ASB LOAN 2024
Seperti yang telah diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) bahawa jumlah pengagihan dividen ASB pada tahun 2024 adalah sebanyak 5.50 % dan bonus sebanyak 0.25% menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5.75% lebih tinggi daripada dividen untuk tahun 2023 yang hanya sebanyak 5.25%.
CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 50K & 100K
Bagi yang belum mengetahui cara pengiraan dividen ASB yang akan dapat, ikuti panduan cara kira bagi amaun RM50,000 dan RM100,000 :
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 haribulan sehingga hujung bulan, (dapatkan BMB untuk 12 bulan);
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan, kemudian tambahkan kesemua BMB untuk 12 bulan (Januari hingga Disember 2024);
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan’ atau ‘Baki Minimum Tahunan’;
- Seterusnya, darabkan ‘Baki Minimum’ yang dapat dengan kadar dividen ASB 5.75%.
Kadar Dividen 2024 : 5.50% + 0.25% bonus :
Contoh 1 : Simpanan RM50,000 dari 01/01/2024 sehingga 31/12/2024 (tanpa sebarang pengeluaran) :
- RM50,000 x 5.75% = RM2,875 (dividen yang akan dapat).
Contoh 2 : Simpanan RM100,000 dari 01/01/2024 sehingga 31/12/2024 (tanpa sebarang pengeluaran) :
- RM100,000 x 5.75% = RM5,750 (dividen yang akan dapat).
PENGIRAAN DIVIDEN ASB LOAN
Namun, perlu diingatkan bahawa pengiraan dividen ASB adalah seperti berikut sekiranya anda telah membuat pengeluaran sepanjang tempoh 12 bulan :
- Jika Simpanan RM10,000 dari bulan 1 dan dikeluarkan RM5,000 pada bulan 6, baki yang tinggal adalah RM5,000 sehingga bulan 12. Jadi dividen yang akan dapat adalah sebanyak RM287.50.
- Jika Simpanan RM5,000 dari bulan 1, kemudian ditambah simpanan pada bulan 12, dividen akan dapat adalah RM287.50 sahaja (kerana simpanan RM20,000 yang baru ditambah pada bulan 12, yang mana tidak akan menambah dividen).
- Namun, jika Simpanan RM20,000 dari bulan 1 dan dikeluarkan pada bulan 11 sebanyak RM10,000. Jadi baki tinggal RM10,000, dividen yang akan dapat ialah : RM575.
TARIKH PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2024
Sebarang transaksi pengeluaran atau penambahan kepada akaun ASB adalah ditangguhkan selama tempoh berikut :
- Tempoh Penangguhan :
SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH |
---|---|
myASNB / Platform Digital / Kaunter ASNB / Ejen | 28 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2024 |
Transaksi Penukaran | 27 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2024 |
- Pembukaan Semula :
SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH |
---|---|
myASNB / Platform Digital / Kiosk | 1 Januari 2025 |
Kaunter ASNB / Ejen | 2 Januari 2025 |
SEMAKAN DIVIDEN ASB 2024
Untuk membuat semakan dividen dan bonus, ikuti panduan cara semakan secara online sepeerti berikut :
- Sila layari laman rasmi ASB di sini : https://www.myasnb.com.my/.
- Kemudian, log masuk akaun yang telah anda mendaftar.
- Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan.
- Klik butang [Semak Penyata Kewangan]
- Pilih Tahun Kewangan [2024].
- Cetak atau save dalam PDF untuk rujukan lanjut.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ASNB, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03-7730 8899
- Alamat e-mel rasmi :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.asnb.com.my/IncomeDistribution.php