CARA SEMAK DIVIDEN ASB ONLINE 2024 : CEK JUMLAH BAKI TERBARU
Unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) iaitu Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan jumlah pembayaran Dividen ASB bagi tahun 2024 adalah sebanyak 5.75% bersama bonus menjadikan ia ketara lebih tinggi berbanding 5.25% yang telah dibayar pada tahun 2023.
Bagaimanakah cara semakan dividen ASB dan jumlah baki terbaru secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

JUMLAH PENERIMA DIVIDEN ASB 2024
Keseluruhan Dividen ASB pada tahun 2024 adalah dianggarkan lebih RM10.1 billion akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB (pemegang saham dan yang menyimpan wang di Amanah Saham Nasional Bhd) bagi selama bertahun-tahun dan sehingga ke Disember 2024 ini.
CARA SEMAK DIVIDEN ASB ONLINE 2024
Ikuti panduan cara semakan Dividen ASB bersama jumlah baki yang terbaru :
- Sila muat turun aplikasi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ di dalam telefon bimbit anda melalui Apps Store / Google Play.
- Bagi yang belum mendaftar, sila daftarkan akaun anda terlebih dahulu.
- Bagi yang telah mendaftar, sila log masuk akaun anda.
- Seterusnya, anda akan dipaparkan senarai Portfolio Pelaburan.
- Klik pada bahagian [Semak Penyata Kewangan].
- Kemudian, pilih tahun [2024].
- Penyata Kewangan Simpanan ASB anda akan dipaparkan.
- Klik butang [Catak] atau [Save PDF] untuk rujukan lanjut.
- Selesai.
CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024
- Ketahui Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 haribulan sehingga hujung bulan, (dapatkan BMB untuk 12 bulan);
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan, kemudian tambahkan kesemua BMB untuk 12 bulan (Januari hingga Disember 2024);
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan’ atau ‘Baki Minimum Tahunan’;
- Seterusnya, darabkan ‘Baki Minimum’ yang dapat dengan kadar dividen ASB 5.75%.
CARA KIRA DIVIDEN ASB :
- Kadar Dividen ASB : 5.50% + Bonus Dividen ASB : 0.25% = 5.75%.
Contoh 1 : Baki Simpanan (BMB) dari Januari hingga Disember 2024 adalah sebanyak RM50,000 (tanpa sebarang pengeluaran) :
- RM50,000 x 5.75% = RM2,875 (Dividen ASB yang akan dapat).
Contoh 2 : Baki Simpanan (BMB) dari Januari RM20,000 dan dikeluarkan RM10,000 pada bulan Jun :
- RM20,000 – RM10,000 = RM10,000 x 5.75% = RM575 (Dividen ASB yang akan dapat).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ASNB, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03-7730 8899
- Alamat e-mel rasmi :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.asnb.com.my/ASBIncomeDistribution.php.