Cara Semakan STR Fasa 1: Semak Status Kelayakan Layak atau Tidak
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan daripada kerajaan untuk membantu golongan rentan yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang benar-benar memerlukan.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan STR Fasa 1? Dapatkan panduan lengkap dan info terkini di bawah!
BACA JUGA : DAFTAR SARAWAK PAY : UNTUK SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS 2025
CARA PENYALURAN STR FASA 1
Penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA PENYALURAN STR FASA 1 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran penerima. |

CARA SEMAKAN STR
Ikuti cara semakan STR di pautan berikut untuk mengetahui kelayakan bayaran fasa 1 :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENYALURAN STR FASA 1
Berikut merupakan anggaran jumlah Bantuan STR yang akan disalurkan pada fasa 1 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENYALURAN STR FASA 1 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas: RM650 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Bujang 21 – 59 tahun | RM150 |
Bujang 60 tahun ke atas | RM150 |
*Bagaimanapun, jumlah di atas hanyalah anggaran sahaja. Sebarang perubahan jumlah bayaran, pihak kami akan kemaskini kembali apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.
TARIKH PENYALURAN STR
Kerajaan belum mengumumkan tarikh penyaluran Bantuan STR secara rasmi, namun berikut merupakan jadual yang lazim digunkan untuk penyaluran Bantuan STR :
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
** Februari 2025 | ** April 2025 | ** Ogos 2025 | ** November 2025 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.