CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

Pada era masa kini, hampir kesemua premis atau masyarakat menggunakan kemudahan pembayaran secara tanpa tunai (cashless). Oleh itu, bagi mengalakkan lagi penggunaan pembayaran tanpa tunai, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan melalui MyKAD.

Apa itu Bantuan MyKAD dan bagaimanakah cara cek Bantuan RM100 MyKAD? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga: BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN : 2025 SKAS REGISTRATION

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKAD penerima adalah diperkenalkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah atau SARA sebagai bantuan tanpa tunai (cashless) bagi memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah.

Pihak Kerajaan menyalurkan Bantuan ke dalam MyKAD adalah bagi memudahkan kerajaan mengenalpasti rakyat yang layak sekaligus dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara efisyen dan selamat.

MANFAAT BANTUAN MYKAD 2024

Antara manfaat-manfaat yang dapat daripada Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKAD adalah :

  • Penggunaan MyKAD adalah selamat kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKAD sahaja;
  • Pembelian barangan keperluan asas yang diperlukan secara tanpa tunai (cashless);
  • Boleh digunakan di 600 kedai dan pasaraya di seluruh Malaysia;
  • Had pembelian RM100 sebulan sehingga RM900/RM1,200 setahun;
  • Baki yang tidak digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.

KADAR KREDIT BANTUAN MYKAD

Seperti yang sedia maklum, pengkreditan Bantuan ke dalam MyKAD pada tahun 2024 adalah seperti berikut :

  • Penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.

Dan pada tahun 2025 pula, penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar kekal menerima pengkreditan ke dalam MyKAD mengikut kadar seperti di atas. Namun, kerajaan akan meluaskan juga kepada penerima yang berstatus Bukan Miskin mengikut kadar seperti berikut :

  • Penerima berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun;
    • Bujang : TIADA.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD

Pengkreditan Bantuan ke dalam MyKAD penerima adalah mengikut tarikh yang telah dijadualkan oleh kerajaan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN MYKAD
Berstatus Miskin dan Miskin Tegar** Januari 2025
hingga
** Disember 2025
Berstatus Bukan Miskin** April 2025
hingga
** Disember 2025

*Namun tarikh akan dikemaskini kembali apabila pihak kerajaan telah mengumumkannya secara rasmi nanti.

CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Berikut merupakan panduan cara cek Bantuan RM100 dalam MyKAD :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan STR 2024] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :