BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2025: SEMAK KELAYAKAN RM100 & RM50 SETIAP BULAN

BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Data eKasih digunakan oleh kementerian dan agensi kerajaan untuk menyalurkan bantuan melalui program pembasmian kemiskinan. Salah satu inisiatif tersebut adalah pelaksanaan program bantuan melalui MyKad (Kad Pengenalan), di mana penerima layak akan menerima RM100 atau RM50 setiap bulan untuk keperluan asas.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan bantuan eKasih melalui MyKad? Ikuti panduan semakan eKasih dan maklumat lanjut yang disediakan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL 2025 : (FASA 1 STR) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2025

Bagi individu yang mendaftarkan diri melalui e-Kasih, akan layak menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan atau agensi lain yang bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan. Antara bantuan yang dapat adalah bantuan melalui MyKad.

Yang mana ia akan disalurkan setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan sara hidup dengan menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan e-Kasih ke dalam MyKad penerima adalah seperti berikut :

  • Kumpulan Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
EKASIH DALAM MYKAD
Isi Rumah Berpasangan
(Ada / Tiada anak)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
Isi Rumah Tunggal
(Ada anak)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
  • Kumpulan Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
EKASIH DALAM MYKAD
Bujang umur
21 hingga 59 tahun
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
Bujang umur
60 tahun dan ke atas
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun

BILANGAN PENERIMA BANTUAN EKASIH MYKAD

Daripada tahun 2023, bilangan penerima Bantuan e-Kasih dalam MyKad adalah seramai 210,000 ribu sahaja, namun bilangan penerima telah meningkat pada tahun 2024 kepada lebih 700,000 ribu. Kemungkinan bilangan penerima akan meningkat lagi pada tahun 2025.

TAHUNBILANGAN PENERIMA
2023210,000
2024700,000
2025*00,000

SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH 2025

Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan e-Kasih dalam MyKad melalui semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*Seterusnya, sila semak pada pautan MyKasih :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-KASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.