SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 : CHECK STATUS PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)
Bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat, Kerajaan menyediakan bantuan subsidi bersasar (SARA) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40), dimana bantuan akan diagihkan secara bulanan dalam tempoh setahun untuk pembelian barangan keperluan asas rahmah.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet tambahan 2025? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM450 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan bantuan tanpa tunai dimana wang bantuan akan disalurkan kedalam MyKad/IC penerima bantuan dengan kadar bulanan sebanyak RM100 dan RM 50.
Penerima bantuan ini boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membuat pembelian barangan keperluan asas yang berlabel SARA MyKasih, dan membuat transaksi bayaran menggunakan MyKad penerima.
Untuk makluman anda, bantuan ini tidak memerlukan permohonan. Hal ini kerana bantuan ini akan diberikan secara langsung kepada penerima bantuan tunai STR 2025, dan juga mereka yang terdiri daripada Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Oleh itu, bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan ini, individu mestilah memohon STR (lulus dan penerima bantuan), dan mendaftar sistem eKasih (bagi kategori Miskin/Miskin Tegar).
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Status penerima bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih (bagi kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih):
https://www.mykasih.com.my/ - Portal Rasmi STR (bagi penerima STR 2025, BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih):
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Panduan Lengkap Semakan Status Penerima di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Penerima di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam IC (SARA MyKasih) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JADUAL TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN
Pengagihan bantuan adalah berbeza mengikut kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN DUIT |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih | Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan eKasih) | April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN TANPA TUNAI
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- eMel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.