EWALLET TAMBAHAN SEMAKAN STATUS B40 2025 : CHECK NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan memperkenalkan bantuan subsidi bersasar, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA), untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40), dan memerlukan sokongan kewangan (kategori miskin/miskin tegar eKasih).
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan bagi pembelian barangan keperluan asas bulanan penerima dimana bantuan akan disalurkan secara bulanan.
Bagaimanakah semakan status ewallet tambahan B40 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 : CHECK STATUS PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

APA ITU BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terjaga, Kerajaan menyediakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu bantuan bulanan tanpa tunai yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan ini diberikan secara bulanan kedalam MyKad/IC penerima bantuan dengan kadar bulanan sebanyak RM100 dan RM 50 khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
Penerima bantuan ini akan menggunakan bantuan tersebut untuk membuat pembelian barangan keperluan asas yang berlabel SARA MyKasih di kedai/pasaraya terpilih, dan membuat transaksi bayaran menggunakan MyKad penerima (tanpa tunai).
SEMAKAN STATUS EWALLET TAMBAHAN
Status penerima bantuan SARA boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Portal Rasmi STR
- Kategori penerima STR 2025, BUKAN eKasih
Panduan Lengkap Semakan Status Penerima di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Penerima di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan [Semak Status]
Pada bahagian ‘Semakan Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ - Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik Semakan Status.
- Status kelayakan penerima akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
SYARAT/KATEGORI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN
Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
SEMAKAN JADUAL TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit menggunakan MyKad adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf