SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH: PANDUAN TERKINI UNTUK BANTUAN 2025

MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Program MyKasih, yang diperkenalkan oleh NGO tempatan sejak tahun 2009, kini menerima sokongan daripada Kerajaan Madani dengan peruntukan tambahan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Bermula pada tahun 2025, program ini telah diperkukuhkan dengan penambahbaikan berterusan agar lebih ramai penerima dapat menikmati manfaatnya.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan semakan MyKasih dan maklumat terperinci yang disediakan di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JADUAL PENYALURAN BANTUAN RM100 2025

Penyaluran Bantuan RM100 setiap bulan di bawah MyKasih adalah mengikut jadual seperti berikut :

BIL.PENERIMA
SEDIA ADA
PENERIMA
BAHARU
1.Januari 2025
2.Februari 2025
3.Mac 2025
4.April 2025April 2025
5.Mei 2025Mei 2025
6.Jun 2025Jun 2025
7.Julai 2025Julai 2025
8.Ogos 2025Ogos 2025
9.September 2025September 2025
10.Oktober 2025Oktober 2025
11.November 2025November 2025
12.Disember 2025Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH RM100 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Isi Rumah berpasangan ada atau tiada anak;
  • Isi Rumah tunggal ada anak;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah;
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

SEMAK STATUS MYKASIH RM100 2025

Ikuti panduan semakan status MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SENARAI MANFAAT BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima yang layak akan dapat menikmati manfaat daripada Bantuan MyKasih seperti berikut :

  • Bantuan diberikan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan;
  • Mudah dan selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor PIN;
  • Boleh digunakan di mana-mana 600 kedai dan pasaraya yang terpilih;
  • Menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan;
  • Had bantuan sehingga RM900 dan RM1,200 setahun.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.