MyKasih SARA 2025: Semakan Kelayakan dan Cara Cek Status
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih bagi tahun 2025 dengan kadar bantuan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bantuan ini akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak, termasuk penerima di Sabah dan Sarawak, dengan jumlah bantuan sehingga RM1200, RM900, atau RM600 bergantung kepada kategori kelayakan.
Ingin tahu cara semakan kelayakan MyKasih SARA 2025? Rujuk panduan lengkap dan maklumat tambahan di bawah.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/bantuan-bukan-ekasih/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH SARA YANG DILULUSKAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dan berlabel MyKasih seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SEMAKAN JADUAL PENGAGIHAN DUIT BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2024 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 200 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 150 sebulan (*April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan (*Januari – Mac) RM 50 sebulan (*April – Disember) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | RM100 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | RM 50 sebulan (*April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara