MySARA 2025: Cara Semak Nama Penerima Bantuan Bulanan
Program Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) adalah inisiatif bantuan bulanan untuk tahun 2025 yang bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia. Bantuan ini, bernilai RM200, RM100, dan RM50, membantu penerima memenuhi keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan peralatan sekolah.
Ingin menyemak nama penerima bantuan MySARA 2025? Teruskan membaca panduan lengkap di bawah untuk mengetahui langkah mudah melakukannya.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/bantuan-100-dalam-mykad/
TARIKH AGIHAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA bagi tahun 2025 telah mula diagihkan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu khas kepada penerima sedia ada dan berperingkat selama tempoh 12 bulan. Namun bagi penerima baharu, agihan Bantuan MySARA akan bermula pada bulan April 2025.
BILANGAN NAMA PENERIMA LAYAK MYSARA 2025
Nama-nama penerima sedia ada dan penerima baharu yang layak Bantuan MySARA 2025 adalah seramai :
BILANGAN PENERIMA SEDIA ADA BANTUAN MYSARA | BILANGAN PENERIMA BAHARU BANTUAN MYSARA |
---|---|
0.7 juta penerima (Isi Rumah, Bujang & Warga Emas Berstatus Miskin & Miskin Tegar) | 4.7 juta penerima (Isi Rumah, Bujang & Warga Emas Berstatus Asas Bukan Miskin) |
*Gabungan penerima sedia ada dan penerima baharu menjadikan keseluruhan penerima adalah seramai 5.4 juta pada tahun 2025.
MYSARA 2025 SEMAKAN
Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan nama penerima Bantuan MySARA 2025 :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
Dan akan dibawa ke halaman utama Portal STR, ikuti panduan semakan seterusnya seperti berikut :
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
JUMLAH AGIHAN MYSARA 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
Agihan Bantuan MySARA adalah mengikut jumlah setiap kelayakan penerima seperti berikut :
- 0.7 juta penerima sedia ada berstatus miskin & miskin tegar :
ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
---|---|---|
Januari – Mac : RM100 sebulan April – Disember : RM200 sebulan | Januari – Mac : RM50 sebulan April – Disember : RM50 sebulan | Januari – Mac : RM100 sebulan April – Disember : RM150 sebulan |
- 4.7 juta penerima baharu berstatus asas bukan miskin :
ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
---|---|---|
April – Disember : RM100 sebulan | Tiada Peruntukan | April – Disember : RM50 sebulan |
KAEDAH AGIHAN MYSARA 2025
Bagi memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan Bantuan MySARA, kerajaan Madani komited menggunakan kaedah agihan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun kad pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/