MYSTR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK

MYSTR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK

Peruntukan untuk pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) bagi tahun 2025 telah diumumkan iaitu sebanyak RM13 billion yang merupakan jumlah peruntukan yang tertinggi dari tahun ke tahun khas untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagaimanakah MySTR cek status layak atau tidak fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN E WALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BILANGAN PENERIMA MYSTR 2025 STATUS LULUS

Penerima yang telah disahkan status lulus / layak menerima Bantua MySTR pada tahun 2025 adalah seramai :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
1.3 juta
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
3.4 juta

*Bagaimanapun jumlah penerima akan bertambah seiring dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun. Ketahui status kelayakan / kelulusan anda pada pautan rasmi MySTR seperti di bawah.

MYSTR 2025 CEK STATUS

Ketahui status kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan MySTR Fasa 1 tahun 2025 melalui semakan di pautan laman rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status penerima MySTR 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2025

Pembayaran Bantuan MySTR pada tahun 2025 adalah mengikut jumlah bagi setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYSTR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM,5000
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
RM600
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
RM600

JADUAL BAYARAN MYSTR 2025

Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan MySTR untuk tahun 2025 :

FASATARIKH
Pertama (1)** Februari 2025
Kedua (2)** April 2025
Ketiga (3)** Ogos 2025
Keempat (4)** November 2025

*Pihak kami akan kemaskini kembali tarikh bayaran apabila kerajaan telah mengumumkan secara rasmi nanti.

CARA BAYARAN MYSTR 2025 (FASA 1)

Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan MySTR, iaitu :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan);
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySTR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.