PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH RM450 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Berita terkini! Bantuan TAMBAHAN 2024 telah diagihkan bermula 9 Disember 2024 (Isnin), kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).
Individu yang memenuhi syarat kelayakan, dan berstatus lulus sahaja layak menerima bantuan tunai tambahan ini.
Bagaimanakah semakan status pembayaran bantuan ekasih 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga : SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
PENGENALAN BANTUAN SARA BUKAN EKASIH
Bantuan dalam konteks ini adalah bantuan SARA ONE OFF 2024 (BUKAN EKASIH). Ianya yang merupakan bantuan lanjutan kepada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dimana ianya disediakan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih), dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang lulus STR 2024 tanpa perlu melakukan sebarang permohonan.
Sebanyak RM300/RM150 akan diagihkan kepada 8 Juta penerima STR 2024, mengikut kategori kelayakan masing-masing, dan melalui pengkaedahan yang sama seperti bantuan STR iaitu secara TUNAI.
Sementara itu, bagi penerima STR yang TERDIRI daripada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih pula, akan menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa sepanjang tahun, dimana kaedah pembayaran adalah tanpa tunai dan akan dikreditkan kedalam MyKad penerima.
LOGIN DAN SEMAK BANTUAN BUKAN EKASIH ONE OFF
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan pengagihan akan dilakukan secara berperingkat.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
KADAR PEMBAYARAN BANTUAN BUKAN EKASIH (ONE OFF)
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR 2024 | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Keatas) | RM 150 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank :
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
CARA MOHON SARA ONE OFF 2024
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (BUKAN Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih). Ini bermakna, semua penerima STR 2024 layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.