SARA 2025 BILA BAYAR: TARIKH PEMBAYARAN, SEMAKAN KELAYAKAN ONLINE, JUMLAH BANTUAN RM600-RM1,200, DAN CARA DAFTAR MyKASIH

SARA 2025 Bila Bayar (Fasa Januari): Semakan Kelayakan dan Jumlah Bantuan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah bantuan tambahan bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk golongan berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam eKasih. Bantuan ini bertujuan membantu penerima memenuhi keperluan barangan asas dengan jumlah bantuan sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang.

Bilakah tarikh pembayaran SARA 2025? Bagaimana cara semak status kelayakan secara online? Ketahui tarikh pembayaran, syarat kelayakan, dan kaedah daftar MyKasih di portal rasmi bantuan SARA 2025.

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHEK

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas. Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

TARIKH BILA BAYAR SARA 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih: Bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025
  • Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih): Bayaran akan diagihkan bermula April 2025

JUMLAH BANTUAN SARA DI BAYAR 2025

Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM100 sebulan)
Bujang

KAEDAH BANTUAN SARA 2025 DI BAYAR

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia: Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan: Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN SARA

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MyKasih seperti Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf