SARA 2025: Semakan Status Bantuan (RM200, RM100 & RM50) – Layak atau Tidak?

SARA 2025: Panduan Semak Status Kelayakan Bantuan
Kejayaan reformasi kewangan kerajaan pada tahun 2025 membolehkan peruntukan bantuan kewangan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, ditingkatkan. Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini disalurkan selaras dengan prinsip Ekonomi MADANI yang mengutamakan nilai ihsan dan kemanusiaan. Bantuan melibatkan jumlah RM200, RM100, atau RM50 bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Ingin menyemak status penerima SARA 2025? Teruskan membaca untuk panduan lengkap dan maklumat penting!

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/mykasih-online-januari-2025/

APA ITU SARA 2025

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan setiap bulan bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti bahan makanan, kelengkapan kebersihan, ubat-ubatan, peralatan persekolahan anak dan sebagainya.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025

Penerima Bantuan SARA bagi tahun 2025 terbahagi kepada dua (2) kriteria kelayakan yang ditetapkan, iaitu :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JADUAL BAYARAN SARA 2025

Pembayaran Bantuan SARA adalah dijadualkan seperti berikut :

SARA
(MISKIN TEGAR &
MISKIN EKASIH)
SARA
(ASAS BUKAN
MISKIN STR)
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 205Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Penerima asas bukan miskin STR akan mula penerima Bantuan SARA bermula pada bulan April dan pihak kami akan kemaskini kembali tarikh bayaran sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Jumlah pembayaran Bantuan SARA adalah tertakluk kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Penerima SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SARA
JANUARI – MAC
JUMLAH BAYARAN
SARA
APRIL – DISEMBER
Isi RumahRM100 setiap bulanRM200 setiap bulan
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM100 setiap bulanRM150 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulanRM50 setiap bulan
  • Penerima SARA Asas Bukan Miskin STR :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SARA
APRIL – DISEMBER
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM50 setiap bulan

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025

Ikuti panduan semakan status penerima SARA di pautan portal rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari pautan portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Status Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
  13. Selesai.

Atau ikuti panduan semakan status di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod’.
  6. Selesai

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/