SARA Login 2025: Semak Kelayakan Bantuan MyKad Anda Hari Ini
Kerajaan telah berjaya meningkatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM1,200 kepada RM2,100 setahun pada tahun 2025 hasil reformasi kewangan dan usaha keras dalam meningkatkan hasil negara. Bantuan bulanan ini, sebanyak RM100 atau RM50, akan disalurkan terus ke dalam MyKad untuk rakyat yang benar-benar memerlukan.
Ingin tahu cara untuk menggunakan SARA login bagi membuat semakan status kelayakan penerima bantuan melalui MyKad? Rujuk panduan lengkap dan info tambahan di bawah.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/bantuan-sarawak-pay-login/
APA ITU SARA 2025
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan yang bersasar disalurkan kepada rakyat yang berstatus miskin dan miskin tegar serta asas bukan miskin bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Penyaluran Bantuan SARA pada tahun 2025 melalui MyKad penerima telah diperluaskan kepada penerima di Sabah dan Sarawak berbanding pada tahun 2024 yang hanya disalurkan kepada penerima di Semenanjung Malaysia sahaja.
PAUTAN SARA LOGIN 2025
Berikut merupakan pautan rasmi untuk login SARA bagi semakan status kelayakan Bantuan Dalam MyKad :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Login Rasmi | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SARA LOGIN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD
Ikuti panduan SARA login untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad :
- Sila klik pada pautan Portal Login Rasmi di atas.
- Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Bantuan SARA adalah khas kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai atau tidak sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
Bantuan SARA yang akan dikreditkan ke dalam MyKad adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM2,100 Warga Emas : RM1,650 Bujang : RM600 |
Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900 Warga Emas : RM450 Bujang : Tiada |
*Bagaimanapun, jumlah Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara ansur setiap bulan.
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD JANUARI – MAC 2025 | JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD APRIL – DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan |
Asas Bukan Miskin | Tiada | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.