Bantuan Sarawak Pay Login: 2025 SKAS Registration & Check Status (RM800, RM400, RM250)
Sarawak Multimedia Authority (SMA) introduced Sarawak Pay, an e-wallet platform designed to facilitate the distribution of Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). This initiative aims to promote digital transactions and support the transition to a cashless economy in the region.
Wondering how to login to Bantuan Sarawak Pay and check your SKAS status for 2025? This guide will walk you through the Daftar Sarawak Pay process, help you semak status Bantuan Sarawak Pay, and provide you with details on how to access Bantuan isi rumah Sarawak, Bantuan warga emas Sarawak, and Bantuan bujang Sarawak.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK 2025: SEMAKAN STATUS SKAS, S PAY GLOBAL & SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS

APAKAH BANTUAN SARAWAK PAY
Belanjawan khas untuk negeri Sarawak telahpun dibentangkan oleh Primier Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada baru-baru ini menyatakan beberapa bantuan khas untuk warga Sarawak.
Antaranya ialah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang bakal disalurkan melalui Sarawak Pay (sebuah platform dompet elektronik) bagi memudahkan penerima membeli keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan barangan yang tersenarai.
SYARAT BANTUAN SARAWAK PAY
Berikut merupakan syarat kelayakan register dan penerima Bantuan Sarawak (SKAS) seperti di bawah:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
JUMLAH BANTUAN SARAWAK PAY
Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada 850,000 ribu warga Sarawak mengikut kadar jumlah bantuan seperti berikut:
- Isi Rumah : RM800 setiap ketua isi rumah;
- Warga Emas : RM400 setiap individu;
- Bujang : RM250 setiap individu.
*Setiap penerima wajib menggunakan bantuan di atas untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain keperluan.
KAEDAH BAYARAN
Seperti yang ditegaskan oleh Primier Sarawak baru-baru ini, penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai. Namun ianya akan dibayar melalui akaun SarawakPay (e-Wallet) bagi memudahkan penerima untuk menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) bagi pembelian barangan keperluan asas.
REGISTER S PAY GLOBAL
- Sila muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Android: Cari S Pay Global https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.paybills&hl=en&pli=1 (di Google Play Store).
- iOS: Cari S Pay Global https://apps.apple.com/my/app/s-pay-global/id1250845042 (di App Store).
- Muat turun dan install aplikasi tersebut di telefon anda.
- Buka aplikasi tersebut.
- Setelah selesai, buka aplikasi S Pay Global anda.
- Pada halaman utama, tekan butang [Register Now] untuk mendaftar sebagai pengguna baru.
- Pilih [Pilih Warganegara Malaysia atau Lain-lain].
- Masukkan butiran anda.
- Nama Penuh (sama seperti MyKad).
- Nombor Kad Pengenalan (tanpa -).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Cipta Username (yang mudah ingat).
- Cipta Kata laluan/Password (yang senang ingat).
- Kemudian, klik [Next].
- Pemohon dikehendaki membuat Pengesahan Akaun.
- Sila ambil gambar DEPAN dan BELAKANG MyKAD anda.
- Upload/Muat Naik gambar tersebut. Pastikan gambar yang diupload jelas supaya permohonan anda tidak ditolak.
- Seterusnya, tekan [Next].
- Pada laman ini, pemohon dikehendaki membuat eKYC.
- Letak muka anda di dalam Kotak Rakaman Selfie.
- Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang didaftarkan.
- Masukkan kod OTP ke ruangan untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Anda akan menerima Notifikasi [Payment PIN has not been set].
- Klik [Set Now].
- Masukkan 6 Digit PIN (pastikan anda ingat tujuan untuk proses pembayaran).
- Pendaftaran akaun S Pay Global anda telah berjaya.
- Selesai.
CHECK BANTUAN SARAWAK PAY
Panduan lengkap check status penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 melalui Sarawak Pay seperti berikut:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Tekan “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN
Maklumat terkini! Pemohon tidak perlu membuat permohonan manual untuk SKAS. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR.
Sekiranya status semakan anda layak sebagai penerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila buat PENGESAHAN TUNTUTAN BANTUAN di dalam S PAY GLOBAL seperti panduan dibawah:
- Buka aplikasi S Pay Global anda.
- Tekan Login.
- Masukkan Username dan Password anda.
- Selepas berjaya log masuk, sila ke laman HOME.
- Klik logo Jata Negeri Sarawak di sebelah atas kanan skrin anda.
- Kemudian, tekan [Acknowledge Now].
- Apabila anda sudah klik, proses tuntutan penyaluran bantuan anda akan diproses.
- Anda akan terima Notifikasi melalui S Pay Global apabila bayaran dimasukkan.
- Bayaran SKAS 2025 akan mula dibayar pada suku pertama 2025 dan tarikh rasmi masih tidak diumumkan secara rasmi. Pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai soalan atau pertanyaan, sila ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami ingin tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].