SEMAK BANTUAN DALAM IC 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
IC atau Identity Card (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia merupakan kad pintar yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan transaksi tanpa tunai (cashless). Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan, bantuan disalurkan dalam IC penerima.
Bagaimanakah semakan status bantuan dalam ic layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

SEMAK BANTUAN DALAM IC 2025
Ikuti panduan semakan status anda layak atau tidak menerima Bantuan Dalam IC seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor IC tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor IC, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Dalam IC’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BANTUAN DALAM IC DISALURKAN 2025
Pada tahun 2025, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Dalam IC penerima mengikut kadar seperti berikut :
- IC Ketua Isi Rumah :
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Berpasangan : RM1,200 setahun (RM100 sebulan).
- Ibu/bapa tunggal : RM1,200 setahun (RM100 sebulan).
- Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Berpasangan : RM900 setahun (RM100 sebulan).
- Ibu/bapa tunggal : RM900 setahun (RM100 sebulan).
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- IC Ahli Isi Rumah :
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Bujang Belia : RM600 setahun (RM50 sebulan).
- Bujang Warga Emas : RM1,200 setahun (RM100 sebulan).
- Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Bujang Belia : Tiada.
- Bujang Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan).
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
MANFAAT BANTUAN DALAM IC 2025
Antara manfaat Bantuan Dalam IC yang akan diperolehi oleh penerima adalah :
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas;
- Terdapat lebih 600 kedai terpilih seluruh Malaysia;
- Bantuan dikreditkan setiap bulan secara automatik;
- Had bantuan RM50 / RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun;
- Baki yang tidak digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN DALAM IC
Penerima yang menetap di negeri-negeri di bawah sahaja akan menerima Bantuan Dalam IC :
- Kuala Lumpur;
- Selangor;
- Negeri Sembilan;
- Melaka;
- Johor;
- Terengganu;
- Kelantan;
- Pahang;
- Perak;
- Pulau Pinang;
- Kedah;
- Perlis.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.