SEMAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan eWallet MADANI adalah inisiatif bantuan tunai tanpa tunai bertujuan untuk memudahkan penerima membuat transaksi pembayaran barangan keperluan asas, dan keperluan harian tanpa memerlukan wang tunai. Dengan kaedah ini, proses pembayaran menjadi lebih selamat, mudah, dan pantas.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUG : BANTUAN E-WALLET MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN RM1200, RM900 & RM600

APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI

Bantuan eWallet Madani dalam konteks ini merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dimana bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan pengguna membuat pembayaran tanpa perlu menggunakan wang fizikal.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan tanpa tunai:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN EWALLET MADANI

Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipapar.
  8. Selesai.

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
  8. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN BULANAN BANTUAN EWALLET MADANI

Jumlah bantuan yang akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BULANAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BULANAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah(RM100 sebulan –
Bermula Januari 2025)
(RM 100 sebulan –
Bermula April 2025)
Warga emas tiada pasangan(RM100 sebulan –
Bermula Januari 2025)
(RM 50 sebulan –
Bermula April 2025)
Bujang(RM50 sebulan –
Bermula Januari 2025)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf