SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2025 : CHECK STATUS SEKARANG
Sebulan sekali pada tahun 2025, Bantuan MyKasih akan dikreditkan sebanyak RM100 kepada ketua isi rumah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, kelengkapan mandian, ubat-ubatan, barangan persekolahan anak dan sebagainya.
Melihat kepada keberkesanan inisiatif ini pada tahun 2024, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025 bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih rm100 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2025
Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh digunakan untuk semakan status sebagai penerima Bantuan MyKasih RM100 sebulan, iaitu pautan MyKasih atau pautan MySTR seperti berikut :
PAUTAN MYKASIH | PAUTAN MYSTR |
---|---|
https://mykasih.com.my/ | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Panduan Semakan di Pautan MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan di Pautan MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR pada pautan di atas.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN
Kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Isi Rumah berpasangan (ada atau tiada anak) atau ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2025;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN
Penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan bagi tahun 2025 adalah direkodkan seramai :
STATUS KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Berstatus Miskin Dan Miskin Tegar | 0.7 juta penerima |
Berstatus Bukan Miskin | 4.1 juta penerima |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]