SEMAKAN BANTUAN SARAWAK 2025: CARA SEMAK STATUS SKAS, KELAYAKAN PENERIMA, JUMLAH BANTUAN RM250, RM400 & RM800, PANDUAN DAFTAR SARAWAK ID

Semakan Bantuan Sarawak 2025: Cek Status Penerima SKAS RM250, RM400 & RM800
Terkini, kerajaan Sarawak memperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebagai bantuan kewangan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bantuan SKAS ini bertujuan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan jumlah bantuan tahunan antara RM250 hingga RM800, bergantung pada kategori penerima.

Bagaimanakah cara semak status bantuan Sarawak 2025? Siapa layak menerima bantuan ini? Ikuti panduan lengkap cara mohon, semak kelayakan, dan ketahui tarikh pembayaran bantuan SKAS di sini!

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHECK

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK

Satu inisiatif baharu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak khusus untuk anak Sarawak daripada golongan berpendapatan rendah, dimana bantuan akan diberikan dalam bentuk baucar digital khusus untuk membuat pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas lain.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Syarat kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:

  1. Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Untuk makluman anda, Bantuan SKAS tidak memerlukan permohonan secara manual. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, dan merupakan penerima bantuan STR Fasa 4 2024, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR untuk anda menerima bantuan ini.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SARAWAK 2025

Pengguna boleh lakukan semakan status kelayakan secara online seperti ini:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARAWAK 2025

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM800
Warga emas TANPA pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM250

TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN

Tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan. Pihak kami akan mengemas kini maklumat sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat. Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun S Pay Global (Sarawak Pay) anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.

SEMAKAN KAEDAH MASUK BAYARAN BANTUAN SARAWAK

Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan melalui akaun S PAY GOLBAL (Sarawak Pay) penerima iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) bagi pembelian barangan keperluan asas.

CARA REGISTER S PAY GLOBAL

  1. Sila muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
    • Android: Cari S Pay Global di Google Play Store
    • iOS: Cari S Pay Global di App Store
  2. Muat turun dan install aplikasi tersebut di telefon anda.
  3. Buka aplikasi tersebut.
  4. Setelah selesai, buka aplikasi S Pay Global anda.
  5. Pada halaman utama, tekan butang [Register Now] untuk mendaftar sebagai pengguna baru.
  6. Pilih [Pilih Warganegara Malaysia atau Lain-lain].
  7. Masukkan butiran anda.
    • Nama Penuh (sama seperti MyKad).
    • Nombor Kad Pengenalan (tanpa -).
    • Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
    • Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
    • Cipta Username (yang mudah ingat).
    • Cipta Kata laluan/Password (yang senang ingat).
  8. Kemudian, klik [Next].
  9. Pemohon dikehendaki membuat Pengesahan Akaun.
  10. Sila ambil gambar DEPAN dan BELAKANG MyKAD anda.
  11. Upload/Muat Naik gambar tersebut. Pastikan gambar yang diupload jelas supaya permohonan anda tidak ditolak.
  12. Seterusnya, tekan [Next].
  13. Pada laman ini, pemohon dikehendaki membuat eKYC.
  14. Letak muka anda di dalam Kotak Rakaman Selfie.
  15. Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang didaftarkan.
  16. Masukkan kod OTP ke ruangan untuk mengesahkan nombor telefon anda.
  17. Anda akan menerima Notifikasi [Payment PIN has not been set].
  18. Klik [Set Now].
  19. Masukkan 6 Digit PIN (pastikan anda ingat tujuan untuk proses pembayaran).
  20. Pendaftaran akaun S Pay Global anda telah berjaya.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel [email protected]

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau emel [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/