SEMAKAN DIVIDEN ASB ONLINE 2024 : CHECK JUMLAH BAKI TERBARU

SEMAKAN DIVIDEN ASB ONLINE 2024 : CHECK JUMLAH BAKI TERBARU

Berita gembira kepada semua pelabur dan yang menyimpan wang tunai ke dalam akaun Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), kadar pulangan agihan (dividen) kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada tahun 2024 telah meningkat sehingga 5.75% berbanding tahun 2023 hanya diberikan sebanyak 5.25%.

Bagaimanakah semakan dividen asb dan jumlah baki terbaru? Ikuti panduan semakan secara online di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM450 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU DIVIDEN ASB 2024

Dividen ASB adalah merupakan nilai perolehan dari pendapatannya yang akan diagihkan kepada pemegang saham atau penyimpan wang di dalam akaun ASNB pada setiap hujung tahun berdasarkan prestasi semasa pelaburan ASB yang mematuhi tatacara yang ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Unit Amanah sebagai rujukan semua syarikat unit amanah di Malaysia.

SEMAKAN DIVIDEN ASB ONLINE 2024

Kini kita tidak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB atau semakan dividen dan bonus, kerana semakan boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan Portal myASNB atau aplikasi sahaja.

Ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila muat turun aplikasi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ di dalam telefon bimbit anda melalui Apps Store / Google Play.
  2. Bagi yang belum mendaftar, sila daftarkan akaun anda terlebih dahulu.
  3. Bagi yang telah mendaftar, sila log masuk akaun anda.
  4. Seterusnya, anda akan dipaparkan senarai Portfolio Pelaburan.
  5. Klik pada bahagian [Semak Penyata Kewangan].
  6. Kemudian, pilih tahun [2024].
  7. Penyata Kewangan Simpanan ASB anda akan dipaparkan.
  8. Klik butang [Catak] atau [Save PDF] untuk rujukan lanjut.
  9. Selesai.

TARIKH URUS NIAGA DIVIDEN ASB ONLINE 2024

Penangguhan sebarang transaksi pengeluaran dan penambahan ke dalam akaun ASNB adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Penangguhan Transaksi :
    • myASNB/ Platform Digital/ Kaunter ASNB/ EJEN : 28 sehingga 31 Disember 2024.
    • Transaksi Penukaran : 27 sehingga 31 Disember 2024.
  • Pembukaan Semula Transaksi :
    • myASNB/ Platform Digital/ Kiosk : 1 Januari 2025.
    • Kaunter ASNB/ EJEN : 2 Januari 2025.

KADAR DIVIDEN ASB 2024

Dividen ASB bagi tahun 2024 adalah yang tertinggi direkodkan selama tempoh lima (5) tahun bermula 2020 sehingga 2024 seperti berikut :

TAHUNDIVIDEN
ASB
BONUSTAMBAHAN
BONUS /
EHSAN
20245.50%0.25%
20234.25%1.00%
20223.35%1.25%0.50% bagi 30,000
unit pertama
20214.25%0.75%
20203.50%0.75%0.75% bagi 30,000
unit pertama

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ASNB, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03-7730 8899
  • Alamat e-mel rasmi :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.asnb.com.my/IncomeDistribution.php.