Semakan Kelayakan STR 2025 Fasa 1: Layak atau Tidak?
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini diberikan secara berperingkat kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan.
Bagaimana cara untuk menyemak kelayakan STR 2025? Ketahui maklumat terkini dan panduan lengkap di sini!
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Syarat lulus bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
JUMLAH BANTUAN STR 2025 MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
- Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
- Tiada Anak : RM 1,000
- Anak 1-2 : RM 1,500
- Anak 3-4 : RM 2,000
- 5 dan keatas: RM 2,500
- Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
- Tiada Anak : RM 500
- Anak 1-2 : RM 750
- Anak 3-4 : RM 1000
- 5 dan keatas: RM 1250
- Kategori Warga emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
- RM 600
- Kategori Bujang (21 hingga 59 tahun)
- RM 600
Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf