Semakan MySARA 2025 Online: Ketahui Status Kelayakan Bantuan Bulanan
Tidak semua rakyat memahami cara mengikuti perkembangan digital terkini. Untuk memastikan tiada golongan yang tercicir, kerajaan memperkenalkan Bantuan MySARA 2025. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan dengan nilai bantuan RM200, RM100, atau RM50 setiap bulan bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimana cara untuk membuat semakan MySARA secara online bagi mengetahui status kelayakan? Ikuti panduan mudah dan maklumat lengkap yang disediakan di bawah.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/bantuan-sarawak-pay-login/
SEMAKAN KRITERIA KELAYAKAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA setiap bulan adalah khas kepada yang menepati kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut :
- MySARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- MySARA Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
*Untuk pengesahan kriteria kelayakan anda layak atau tidak, semakan boleh dibuat secara online mengikut panduan di bawah.
SEMAKAN MYSARA 2025 ONLINE
Berikut merupakan panduan semakan MySARA secara online untuk mengetahui status kelayakan bayaran bantuan setiap bulan :
- Sila klik pada butang [Portal Semakan MySARA].
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
TEMPOH AGIHAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA akan diagihkan setiap bulan selama tempoh yang ditetapkan mengikut kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH AGIHAN MYSARA 2025 |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Selama 12 bulan (Januari hingga Disember) |
Asas Bukan Miskin | Selama 9 bulan (April hingga Disember) |
KADAR AGIHAN MYSARA 2025
Pengagihan Bantuan MySARA adalah mengikut kadar bagi setiap kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima MySARA Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima MySARA Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.
CARA AGIHAN MYSARA 2025 ONLINE
Kerajaan Madani akan mengagihkan Bantuan MySARA secara atas talian (online) melalui akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan dan penerima tidak boleh membuat pengeluaran tunai kerana penerima hanya perlu membuat pembelian barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.