SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2025 : CHECK STATUS SEKARANG
Kos untuk menyara kehidupan kini semakin mencabar bagi golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang sukar dikawal. Oleh itu, bagi membantu mengurangkan bebanan sara hidup rakyat, kerajaan bersetuju untuk menambah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : CHECK LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA

KADAR SUMBANGAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Bantuan Tambahan akan disumbangkan kepada yang berkelayakan mengikut kadar antara RM450, RM600, RM900 dan tertinggi sebanyak RM1,200 setahun. Namun kadar sumbangan adalah ditentukan oleh kelayakan penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR SUMBANGAN BANTUAN TAMBAHAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200 setahun. Warga Emas : RM1,200 setahun. Bujang : RM600 setahun. |
Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900 setahun. Warga Emas : RM450 setahun. Bujang : – |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2025
Sekiranya anda yang ingin mengetahui status nama anda terpilih sebagai penerima Bantuan Tambahan atau tidak, sila semak pada pautan laman rasmi di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SUMBANGAN KEPADA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2025
Sumbangan Bantuan Tambahan kepada penerima pada tahun 2025 juga berbeza bagi setiap kelayakan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH SUMBANGAN BANTUAN TAMBAHAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Bermula ** Januari 2025 |
Bukan Miskin | Bermula ** April 2025 |
CARA SUMBANGAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Terdapat dua (2) cara Bantuan Tambahan disumbangkan kepada penerima (bergantung negeri) seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA SUMBANGAN BANTUAN TAMBAHAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan. |
Sabah dan Sarawak | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.d/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf