SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)
Untuk makluman anda, bantuan dalam MyKad membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini
BACA JUGA : BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
MyKad digunakan sebagai medium utama dalam pengagihan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penyaluran duit bantuan akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima, yang kemudiannya akan digunakan oleh penerima untuk pembayaran barangan keperluan asas berlabel MyKasih.
Untuk melayakkan individu menerima bantuan ini, individu mestilah merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga pendaftar eKasih. Ini kerana bantuan ini merupakan lanjutan serta tambahan kepada penerima bantuan STR.
SYARAT LULUS BANTUAN DALAM MYKAD
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima akan dipapar (lulus atau tidak).
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan/Penerima
- Maklumat Pembayaran
- Selesai.
TARIKH MULA PENGAGIHAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BAYARAN & TEMPOH PENGAGIHAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 Selama 12 Bulan |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 Selama 9 Bulan |
SEMAKAN KADAR MASUK BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih):
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | Tiada ( – ) |
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian barangan menggunakan MyKad:
- Beras / Telur / Minyak masak
- Roti / Tepung / Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf