SEMAKAN STATUS SKAS 2025: CHECK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800, RM400, RM250)

Semakan Status SKAS 2025: Check Eligibility for Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak

To ease the financial burden of Sarawak residents, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg has introduced various forms of assistance, including the Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Wondering how to semak status SKAS and determine your kelayakan bantuan SKAS for 2025? This guide will help you check your eligibility, understand the jumlah bantuan SKAS (RM800, RM400, RM250), and learn about the Akaun Sarawak ID and Portal semakan SKAS for faster assistance verification. Stay updated on Bantuan kerajaan Sarawak 2025 and available aid for Bantuan isi rumah Sarawak, Bantuan warga emas Sarawak, and Bantuan bujang Sarawak.

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK 2025: SEMAKAN STATUS SKAS, S PAY GLOBAL & SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS

APA ITU SKAS 2025

SKAS atau dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah inisiatif bagi meringankan bebanan kos sara hidup terutamanya untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur, kelengkapan harian dan sebagainya.

Inisiatif SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 ribu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi sepanjang tahun 2025 ini.

KELAYAKAN MELEPASI STATUS SKAS 2025

Hanya warga Sarawak yang memenuhi kelayakan berikut sahaja akan melepasi status SKAS, antara kelayakannya ialah :

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS SKAS 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SKAS, ikuti panduan cara semakan status berikut :

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buatSEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KADAR BANTUAN SKAS 2025

Daripada seramai 850,000 ribu penerima, kadar bantuan SKAS akan disalurkan mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAKADAR BANTUAN SKAS
ISI RUMAH
(Pendapatan Bawah RM5,000)
RM800
WARGA EMAS
(Pendapatan Bawah RM5,000)
RM400
BUJANG
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM250

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.